Friday, February 1, 2013

Sombong itu ada pada aku.

Assalamualaikum.

Aku cuma nak ambik kucing aku yang gatai kemain nak beromen.
Apa salah?
Lagi pun dah maghrib.
Hilang anak aku seekor tu, pasar selayang memang tak kan ada jual.

Oh ye, maaflah aku memang seorang anak yang sombong.
Kata mereka aku sombong.
Hahaha, *gelak tutup mulut.


Tapi aku memang sombong.
Keluar rumah ambik anak aku seekor tu.
*gomol gomol.
*peluk peluk

*sombong*

*sombong*




Ok kejap.

Maaflah aku sombong sebab tak join mak cik sebelah rumah, depan rumah, belakang rumah bual kosong. Gelak, entah benda apa yang seronok sangat di bualkan. Pantang orang lalu semua tiba tiba terdiam, mata mereka aku tak payah cakap. Aku tak fikir mereka bercerita mengenai isu itu ini, yang tak masuk dalam skema hidup aku itu penting.


Ya. Aku anak sombong.


Aku tak peduli mereka nak kata apa.
Yang aku fikir anak aku seekor tu kena pergi ambik.
Ambik anak, senyum dekat mereka, masuk rumah, buat makanan untuk anak.
Itu aje, rutin aku.

Nanti aku cuba ubah perangai jadi peramah.

Nanti.
Suatu hari nanti.


Weh, aku sombong lah.
Baik aku cuci tahi, tambah rezeki bagi pada kucing kucing luar yang sibuk menanti nasi.
Dari buat tahi cerita itu ini, gebang.


Mungkin aku boleh ubah sikap sombong tu pada mereka yang gelang emas sampai ke kaki, dengan cuba hidang kan pelam muda cicah kicap cili biar mulut lagi berapi, sambil mata lagi sibuk memerhati, dan ya aku memang sombong nak mati.

Saturday, January 12, 2013

Ini cerita seorang anak yang merasa bangga.

Assalamualaikum.

Selamat jauh Terengganu dan hai pada bau Batu Caves yang dekat ini.

2013.

Masa 2012, peperiksaan pertanian. Haih. Mengeluh.
Tak boleh langsung sedikit nak hadam apa itu tumbuh tumbuhan.
Nak kena hadam pruning, fertilizer, pH soil.
Jadah, apa benda ni?

1 jam.
1 jam kemudian.
30 minit kemudian.
Masih di halaman daun yang layu.
Lecture note ni nak cerita pasal apa?


Telefon 012-no telefon ayah.
1 jam ayah bercerita.
Panas screen handphone.


Esok 2012.
Apa yang ayah cerita, ada masuk dalam peperiksaan pertanian.
Banyak. Sangat.
Ayah nak tahu,
Ada pasal pruning, fertilizer, organic fertilizer, pH soil, leaching, liming.
SubhanaAllah, saya syukur sangat.


Oh ye untuk pengetahuan semua,
Lelaki ini tiada sehelai kertas yang ada tandatangan atau cop sebuah UNIVERSITI.
Dia tiada gambar sekeping yang sedang bersalaman untuk mengambil sijil.
Lelaki ini malahan tiada pernah merasai apa itu cuti sem? cuti mid sem? dean list.


Tetapi apa yang ada pada lelaki ini hanyalah berdaki daki pengalaman.
Pengalaman dia boleh mengajar anak dia.
Pengalaman dia boleh buat dia bercerita itu ini.


Lelaki ini, AYAH.